RSS Feed

kak wani....?

Posted by: akumahukansyahid / Category:

Setahun Setelah Pemergianmu…Azwani

3 Mac 2010. Genap setahun selepas Azwani pergi dari hidup saya. Azwani mendahului saya, menyahut seruan Ilahi.

Pada petang 363 hari yang lalu, iaitu dua hari selepas pemergian arwah Azwani, saya menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) dari nombor Azwani. Hampir saja saya menganggap Azwani yang menghantar SMS sebelum membuka inbox dan membaca SMS tersebut. Namun senyum yang baru saya ukirkan di bibir mati begitu sahaja. Saya yang ketika itu sedang pulun study untuk menghadapi imtihan mid-sem pada minggu berikutnya terjeda sebentar sebelum bibir ini dengan sendirinya mengucap inna lillahi wa inna ilaihi roji'un. Seketika saya merasakan dada saya bagaikan dihimpit seketul batu yang besar. Perlahan-lahan air mata yang sudah tidak tertahan merembes keluar menuruni pipi.

"Assalamualaikum.. Kak Nur, saya adik Kak Wani. Kak Nur sabar ya, Kak Wani meninggal dunia pada 3.3.2009. Jam 3.30 ptg. Sabar ya."

Isi kandungan mesej yang ringkas dan cukup jelas itu saya tatap dan baca berulang kali, mengharapkan ia cuma sebuah ilusi di mata saya. Namun, malangnya tiada satu pun yang janggal di mata saya. Memang itulah kalimah yang saya baca seawal saya menerimanya tadi.

Tanpa membuang masa lagi, saya memberitahu rakan-rakan serumah tentang berita yang mengejutkan itu sebelum menghubungi keluarga Azwani melalui nombor handphonenya yang masih berfungsi. Adik arwah mengesahkan kepada saya tentang pemergian Azwani dua hari lepas. Arwah Azwani menghembuskan nafas terakhirnya setelah beberapa hari ditahan di wad akibat penyakit SLE yang dideritainya sejak 2 tahun lalu.

Azwani, atau lebih mesra dengan panggilan Wani merupakan sahabat pertama yang saya kenali sejak menjejakkan kaki ke tanah beradat itu, 4 tahun lepas. Sewaktu hari pertama mendaftar sebagai siswi baru di Kolej UNITI dan mendapat tempat di apartment kediaman siswi di Ixora Permai, Wani merupakan rakan serumah pertama saya. Kami tinggal serumah sepanjang 1 semester itu sebelum menerima Hafizah dan Aziemah sebagai rakan sebilik kami untuk semester yang seterusnya.

Dengan dialah saya berkongsi duka dan lara sepanjang 1 semester yang penuh dengan kesukaran itu. Dia telah saya anggap bagaikan adik saya sendiri. Dia telah menjadi tanggungjawab saya semenjak hari pertama kami dipertemukan sebagai rakan serumah.

Ya, dia memang bagaikan adik saya.. Betul-betul seperti adik saya di rumah. Manakan tidak, waktu makan, kami ke cafĂ© bersama. Sakit demam Wani, sakit demam saya juga. Sakit kepala dengan assignment, kami selesaikan bersama. Bangun pagi saya yang akan kejutkan dia untuk solat Subuh. Awal saya bangkit dari tidur, awallah dia bangun. Lewat saya terlewatlah dia. Tapi, selalunya, kalau saya terlewat pun disebabkan alasan-alasan tertentu. Maklumlah…

Bila cuti semester tiba, kami akan bersama-sama ke Terminal Seremban untuk balik ke kampung masing-masing. Kampung Wani di Kuala Kangsar, Perak. Saya pula di Batu Pahat, Johor. Dia akan menyalami tangan saya dan menciumnya. Saya pula akan mengucup kedua-dua belah pipinya sebelum kami berpisah. Rindu. Sungguh saya rindukan saat itu.

Pendek kata, Wani adalah sebahagian dari hidup saya. Wani pelengkap hari-hari saya di kolej ini. Sahabat-sahabat kenal saya dengan adanya Wani. Di mana ada Kak Nur, di situ ada Wani.

Sehinggalah suatu ketika di pertengahan semester dua, setelah hampir setahun saya dan Wani tinggal bersama-sama. Ketika itu kami sudah tinggal berempat, bersama Hafizah dan Aziemah yang baru menyertai kami awal tahun 2007 itu. Wani tiba-tiba jatuh sakit ketika berada di rumah seorang rakan sekuliah yang terletak di blok apartmen bersebelahan. Kebetulan ketika itu saya juga sedang demam dan apartmen saya berada di aras ketiga iaitu aras yang paling atas sekali. Hafizahlah yang terpaksa berulang-alik dari tingkat atas ke tingkat bawah untuk menjaga Wani kerana Wani tidak larat untuk balik ke tingkat atas. Malam itu, Wani dibawa ke hospital oleh seorang kenalan dan selama 3 hari 2 malam itu dia terpaksa bermalam di rumah rakan sekuliah kami. Buat pertama kalinya, saya tidak dapat menjaga Wani.

Hanya apabila tiba hari Ahad itu, iaitu setelah dua hari Wani sakit dan saya mula kebah dari demam, Hafizah memaklumkan kepada saya yang ibu bapa Wani datang untuk menjemputnya balik dan membuat rawatan di tempat tinggalnya. Ya Allah, terukkah sakit Wani sampai terpaksa dibawa balik? Sempat saya menjenguknya di rumah sahabat saya itu. Wani kelihatan sungguh tidak berdaya untuk berjalan sehingga terpaksa dipapah oleh kami ke kereta Pak Ngahnya yang menunggu di luar pagar.

Hanya seminggu kemudian Wani dibenarkan kembali semula ke hostel. Namun tidak sampai seminggu Wani meneruskan kuliah, pada suatu pagi sebelum ke kuliah, Wani jatuh sakit lagi. Ubun-ubun Wani saya rasakan hangat sekali. Terasa agak kelam kabut juga kerana Hafizah belum balik lagi dari kampungnya di Kedah atas urusan keluarga, begitu juga dengan Aziemah. Hari itu saya terpaksa ponteng semua kuliah untuk menemankan Wani ke Klinik Kesihatan Pasir Panjang dengan ditemani felo hostel kami, Ustaz Razman Ibrahim. Keadaan Wani sangat lemah. Walaubagaimanapun setibanya di klinik, doktor hanya mengesahkan yang Wani cuma demam biasa dan gastric.

Sepanjang tiga hari itu, kami serumah sama-sama menjaga Wani. Ubat dan makan minum tak boleh terlewat. Bimbang Wani sakit lagi. Wani memang tak suka telan ubat. Kalau dengan Hafizah, banyaklah dalihnya. Tapi kalau dengan saya, tak boleh tidak. Mesti makan juga depan mata saya. Kalau diberi begitu sahaja tanpa pengawasan saya, confirm Wani tak makan.

Hujung minggu itu keluarga Wani datang lagi untuk menjemput Azwani balik ke Kuala Kangsar. Sayangnya saya tidak sempat bertemu mereka kerana menghadiri mesyuarat persatuan di PD Perdana. Hampir sebulan Wani terlantar di hospital di tempat tinggalnya sehinggalah Wani kembali semula ke hostel. Ketika itu semua penghuni hostel sudah berangkat pulang ke kampung halaman masing-masing kecuali beberapa unit apartment yang dihuni pelajar ICT termasuk kami kerana course ICT mengadakan kelas intersession menjelang cuti semester ini.

Tubuh Wani kelihatan susut amat. Wani disahkan menghidap SLE. Kepulangan Wani kali ini membawa berita yang amat menyedihkan saya dan rakan serumah yang lain. Wani datang kembali bersama keluarganya untuk membawa balik segala barang-barang kepunyaannya. Wani sudah membuat keputusan untuk meninggalkan kami semua. Wani sudah nekad untuk menghentikan pengajiannya di kolej ini atas nasihat keluarganya juga. Kesihatan Wani lebih penting dari segala-galanya. Walaupun berat hati ini, terpaksa kami melepaskan Wani pergi. Dakapan terakhir Wani masih terasa lagi hangatnya. Kepergian Wani kami iringi dengan untaian doa mengharapkan agar dia sihat seperti sedia kala. Dan apartment B4-6 semakin sepi setelah Wani pergi.

Hubungan kami tidak terhenti setakat itu. Walau kami jarang berhubungan, namun setiap kali tiba hari-hari yang penting seperti hari ulang tahun kami, kami tetap saling mengucapkan dan bertanya khabar. Malah, saya amat terharu bila mana dia tetap mengingati saya pada hari lahir saya yang tiba 3 hari sebelum hari lahirnya.

Sehinggalah hari itu. Di mana kematian yang telah memisahkan kami. Kematian yang telah menjadi penghijab antara dua sahabat di dua alam berbeza.

Pemergian Wani tiada gantinya. Setiap kenangan kami bersama terpahat kukuh dalam ingatan. Cuma amat terkilan dengan pemergiannya tanpa sempat saya menjenguk arwah.

Pengajian diploma saya tamat juga akhirnya. Kolej yang banyak mengajar saya mengenal erti kehidupan ini saya tinggalkan tanpa lambaian Wani. Dulu, di sinilah kami berjanji akan bersama-sama sehingga tamat pengajian tanpa sedikit pun menyangka Wani akan terlebih dahulu meninggalkan kami.

Saya terus dengan kehidupan saya. Sehingga suatu waktu setelah 7 bulan 14 hari Wani meninggalkan saya. Maha Suci Allah yang telah mempertemukan saya dengan seorang sahabat yang saya anggap sebagai kakak. Uniknya perkenalan kami kerana dia mengingatkan saya dengan Wani. Dia, yang saya panggil Kak Wani. Kalau dulu bersama 'adik Wani', tapi kini dengan Kak Wani. Kak Azawani yang berasal dari Bota, Perak seperti adik Wani juga. Kalau dulu, 'adik Wani' berusia dua tahun lebih muda dari saya, kini Kak Wani berusia dua tahun lebih tua dari saya. Dan wajah Kak Wani sungguh mirip dengan arwah 'adik Wani'. Benar-benar cukup mengubat rindu saya kepada arwah 'adik Wani'.

Maha Suci Allah. Sungguh saya tak menyangka pertemuan seindah ini akan berlaku dalam hidup saya. Allah telah mengambil 'adik Wani' dan Dia mengurniakan Kak Wani pula dalam hidup saya.

Begitu indah perancangan Allah. Wani tetap hidup dalam jiwa saya sebagaimana hidupnya persahabatan saya dan Kak Wani kini. Semoga Allah memelihara ukhwah yang baru terbina antara kami selama-lamanya & smga tuhan tempatkn rOhnya bersama2 para syuhada...Ameen ya rabb!~



Read more »

manfaat Couple de??

Posted by: akumahukansyahid / Category:

Manfaat Couple??

1.Seronok

- dapat menggembirakan iblis & syaitan



2. Dapat luahkan segala masalah kepada awek@pakwe

- ALLAH kan ada



3. Menghabiskan duit

- Banyak habis duit-duit PTPTN/biasiswa & duit poket yang mak ayah bagi setiap bulan untuk topup kredit fon. Takpun beli hadiah birthday buat pakwe@makwe (lebih baik guna utk bersedekah)


4. Banyak risau

- takut awek@pakwe orang lain kebas.... Berapa kali dah miss sembahyang @ terlewat solat pasal asyik berdating tak risau.


5. Dilanda 'Langau' (Banyak termenung dan senyum sendiri)

- pasal ingat peristiwa riang dgn awek@pakwe... Kita sebagai muslim patutnya banyak mengingatkan MATI yg boleh datang bila-bila masa


6. Mengutamakan awek@pakwe drp orang lain

– awek@pakwe yang baru kenal sebulan dua lebih penting dari mak ayah yang besarkan dia, basuh najis dia, suap makan dia. (hidup dalam dunia sendiri, dia
dan awek@pakwe dia.... lain dah tak kisah.)


7. Menepati masa dan janji

- takut awek@pakwe marah/sakit hati...... (sembahyang fardu lewat tak takut pulak)



8. Lain-lain lagi yang memberikan faedah dlm menambah saham
DOSA
drp saham
PAHALA






Hasil daripada pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian penulis terdapat beberapa sebab yang menjadi
PENDORONG
mengapa fenomena 'couple' terjadi;

1. Ikhtilat

- Kebanyakan sekolah/pusat pengajian campur i.e. perempuan dan lelaki dalam satu kelas tanpa ada usaha daripada pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal percampuran ini supaya tidak bercanggah dengan syarak.

2. Mentaliti masyarakat

- Perkara ini seperti sudah menjadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu dalil mana dia guna) mengatakan tak mengapa ber'couple' asalkan tak melanggar batas-batas syarak..... Nauzubillah. Pada pendapat mereka keluar buat date di khalayak ramai, bukannya berduaan ditempat sunyi, tak pegang tangan, jalan pun tak rapat-rapat dan si awek tu pula pakai tudung.... Pakwe pula dengan hensemnya pakai kopiah. So tak apa kot, dosa pun sikit. Nanti dah kahwin settle dan taubatlah. Ada saja alasan mereka untuk melepaskan diri.
Tapi mereka tak ingat pula, kalau masa tengah dating tu Allah nak tarik nyawa, agak-agak apalah nasib di alam barzakh? Nauzubillahi min dzalik

3. Naluri ingin berkasih sayang

- Sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan kasih, maka sebab itu ALlah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan macam cas -ve dan +ve. Hasil drp didikan/pentarbiahan Islam yang tidak kukuh dari keluarga menyebabkan "attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner...." maka terjadinya perhubungan (teman tapi mesra) sebelum ada ikatan yang sah, dan ada setengah ibubapa dengan selamba berkata,"Tak pe le dia orang dah besor....dah remaja, dah pandai fikir mana
baik dan mana buruk.. bior le". Betul juga kata ibubapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg baik dan yang buruk... Tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan seperti maksud hadis yg selalu kita dengar, riwayat Bukhari, Sabda Rasulullah;


"Tiap-tiap anak yang dilahirkan itu bersih dan suci(mengikut fitrah) maka ibu bapalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasara atau Majusi. "

4. Tidak menjaga aurat

- Bertambahnya perempuan yang tidak menutup aurat. Kalau tutup aurat pun, aurat lain tidak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.... etc. Maka ini membuka ruang pada lelaki-lelaki untuk memulakan projek mereka. Tak percaya pergi tinjau kat K.L.(kat sini macam2 jenis orang boleh jumpa) ada yg elok tutup aurat tapi bila time sembang... Masya Allah, kalah ketawa jantan.... lepas tu pandai cubit-cubit dan pukul-pukul pula tu, lelaki apa lagi... Bagai mengantuk disorongkan bantal...


5. Ramai perempuan semakin berani
(daring)

- Pantang tengok lelaki handsome, mula menggedik, cari perhatian.

6. Pengaruh rakan sebaya

- Ramai lelaki rasa bangga kalau dia ada awek, kalau tidak punya awek maka macam ada satu kekosongan dalam jiwa..... Lebih-lebih lagi kalau tengok member-member lain ada awek. Faktor sekeliling mempengaruhi suasana.

7. Tunjuk ego

- Lelaki cuba nak tunjuk pada lelaki lain yang dia tu pakar dalam bab tackle/ meng'ayat' awek...Nak tunjuk EGO lah tu..... Ego tak bertempat

8. Lelaki@perempuan cepat sangat PERASAN (jangan marah!! (^^,) )

- Lelaki : Ada juga perempuan yg
manja mengalahkan kucing betina (dah memang fitrah wanita sebegitu) bila bercakap dengan lelaki, lelaki tu terperasan yg perempuan ni macam minat kat dia. Maka diajurkan pada kaum Hawa agar tidak menonjolkan sifat 'manja-manja kucing Parsi' anda pada tempat yang tak kena. Pada kaum Adam pula.... Jangan perasan cepat sangat.

- Perempuan : Lebih kurang saja macam yang di atas. Pantang lelaki layan lebih, maka dia rasa bagai di awing-awangan

9. Perempuan cepat sangat cair (ada kaitan dgn fakta-8)

- Cair sangat bila tengok lelaki bersusah-payah untuk dia. Tolong ni tolong tu.. Bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit saja dengan mudah perempuan tersebut cair kata-kata manis lelaki tersebut..... Kira dah terhutang budi lah tu. Yang lelaki tu pula tolong ada makna, jadilah hubungan cinta terlarang




10. Fakta yg ke-10 ini cukup sensitif pasal mereka(lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur.
Tujuannya ialah untuk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.... ada ngam ke tak ngam sebelum berjanji untuk sehidup semati. Alhamdulillah niat bagus.... tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg
haram akan tetap haram, sebagai mana hadis Rasullullah, Daripada Abu
Abdullah Al-Nu'man bin Basyir(ra): Sabda Rasulullah(saw);


"Sesungguhnya yang HALAL itu NYATA(terang) dan yang HARAM itu pun NYATA(terang). Dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang KESAMARAN, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barang siapa memeliahara (dirinya dari) segala yang samar, sesungguhnya ia memuliakan baginya agamanya dan kehormatannya."
[Bukhari & Muslim]







p/s ::: Artikel ini juga tidak diketahui dari mana sumbernya. Terdapat sedikit modifikasi di beberapa bahagian ayat tetapi tetap tidak mengubah maksud ayat asal. Diharap sesiapa yang terbaca artikel ini dan mengetahui sumbernya, sila maklumkan kepada ana. Jazakallah di atas kerjasama u All...Barokallah fikom!~


Read more »